Khamis, 30 Mei 2013

Petua-Petua Tradisional

Menghasilkan kulit yang cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan Lobak Merah yg telah dihancurkan .

[sunting]Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.
  1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.
  2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.
  3. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

[sunting]Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

[sunting]Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

[sunting]Menyegarkan Mata

Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

[sunting]Menaikkan Seri Muka

Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

[sunting]Merawat Panau

Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.

[sunting]Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

[sunting]Mengurangkan Air Pada Faraj

Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

[sunting]Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

[sunting]Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air Limau Nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

[sunting]Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.selain itu,gunakan ubat gigi,sapukan ubat gigi d permukaan yang berparut...amalkan sblum tidur...insyaAllah jika di amal kn akan berkesan.

[sunting]Mengelak Keguguran Rambut

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Koleksi Petua Untuk Menghilangkan Bau Ketiak
Pilihan 1: Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak. Pilihan 2: Ambil sebiji limau kasturi, belah dua dan gosokkan kedua-dua belah ketiak anda dengannya. Amalkan seminggu sekali sebelum mandi. Masalah badan berbau semakin berkurangan dan akan hilang dengan perlahan-lahan.

[sunting]Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala. 

[sunting]Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

[sunting]Menghilang Sakit Kepala

Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari.

[sunting]Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

[sunting]Menurunkan Berat Badan

  1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan
  2. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

[sunting]Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

[sunting]Awet Muda

  1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
  2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

[sunting]Mudah Bangun Pagi

Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

[sunting]Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

[sunting]Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

[sunting]Menghaluskan Kulit Muka

(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

[sunting]Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

[sunting]Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

merah kan bibir tumbuk kunyit dan sapukan di bibir

[sunting]Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

[sunting]Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih. Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

[sunting]Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

[sunting]Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga kali sehari.

[sunting]Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

[sunting]Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

[sunting]Meminimakan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

[sunting]Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

[sunting]

Ahad, 28 April 2013

Nabi Isa Turun Kebumi Menjelang Kiamat




Nabi Isa as. sampai saat ini masih hidup dan hanya Allah SWT saja tahu dimana berada. Dari keterangan hadist Nabi Muhammad saw. Diceritakan bahwa menjelang hari kiamat / akhir zaman Nabi Isa akan di turunkan oleh Allah SWT dari langit ke bumi (The Second Coming dalam versi Kristen).

Peristiwa itu tergambar dari hadis berikut :

"Tidak ada seorang nabi pun antara aku dan Isa dan sesungguhnya ia benar-benar akan turun (dari langit), apabila kamu telah melihatnya, maka ketahuilah; bahwa ia adalah seorang laki-laki berperawakan tubuh sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Ia akan turun dengan memakai dua lapis pakaian yang dicelup dengan warna merah, kepalanya seakan-akan meneteskan air waulupun ia tidak basah”. (HR Abu Dawud)

"Sekelompok dari ummatku akan tetap berperang dalam dalam kebenaran secara terang-terangan sampai hari kiamat, sehingga turunlah Isa Ibn Maryam, maka berkatalah pemimpin mereka (Al Mahdi) : “Kemarilah dan imamilah solat kami”. Ia menjawab; ”Tidak, sesungguhnya sebahagian kamu adalah sebagai pemimpin terhadap sebahagian yang lain, sebagai suatu kemuliaan yang diberikan Allah kepada ummat ini (ummat Islam)”. (HR Muslim & Ahmad)

"Tiba-tiba Isa sudah berada diantara mereka dan dikumandangkanlah azan solat, maka dikatakan kepadanya, majulah kamu (menjadi imam solat) wahai ruh Allah.” Ia menjawab: ”Hendaklah yang maju itu pemimpin kamu dan hendaklah ia yang mengimami solat kamu”. (HR Muslim & Ahmad)

Hal pertama yang dilakukan Nabi Isa setelah turun dari langit adalah menunaikan solat sebagaimana yang dijelaskan oleh hadis-hadis di atas. Nabi Isa akan menjadi makmum dalam solat yang di imami oleh Imam Mahdi.

Adapun lokasi turunnya Nabi Isa dijelaskan oleh Rasulullah saw. dalam sebuah hadist berikut : “Isa ibn Maryam akan turun di ‘Menara Putih’ (Al Mannaratul Baidha’) di Timur Damsyik”. (HR Thabrani dari Aus bin Aus)

Kedatangan Nabi Isa akan didahului oleh keadaan dunia yang dipenuhi kezaliman, kesengsaraan & peperangan besar yang melibatkan seluruh penduduk dunia, setelah itu kemunculan Imam Mahdi yang akan menyelamatkan kaum muslimin, kemudian kemunculan dajjal yang akan berusaha membunuh Imam Mahdi, setelah dajjal menyebarkan fitnahnya selama 40 hari, maka Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk menumpas dajjal.
Wallahu A'lam.

Kemunculan Imam Mahdi



Sebahagian orang Islam menganggap bahwa Imam Mahdi itu adalah mitos, ia bukan dari ajaran Islam tapi bagian dari cerita rakyat. Akan tetapi kalau kita mereferensi pada hadist-hadist Baginda Rasulullah saw, maka kita dapati bahwa Imam Mahdi adalah tokoh nyata yang Allah sudah sebutkan hampir 1500 tahun yang lalu melalui lidah Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw bersabda:

“Allah akan mengeluarkan dari persembunyiannya Al Mahdi (yaitu) dari kalangan kaum keluargaku sejurus sebelum hari kiamat walaupun kiamat itu hanya tinggal sehari saja. …. (HR Imam Ahmad)

Hadist di atas bukan bermaksud bahwa bila Imam Mahdi sudah Zahir, maka kiamat akan segera datang. Akan tetapi Baginda Rasulullah saw memberitahukan kepada kita umatnya, bahwa dunia ini tidak akan Allah kiamatkan sebelum Al Mahdi zahir ke dunia ini. Artinya Imam Mahdi wajib atau pasti Allah zahirkan sebelum seluruh alam raya ini Allah hancurkan.

Siapakah nama Imam Mahdi itu?

Rasulullah saw sudah sebutkan di dalam sebuah hadist bahwa Imam Mahdi itu adalah seorang lelaki yang mempunyai nama yang sama dengan nama Baginda Rasulullah saw, yaitu Muhammad. Dan nama ayah Imam Mahdi itu seperti nama ayahnya, yaitu Abdullah. Jadi nama lengkap dari Imam Mahdi itu adalah “Muhammad bin Abdullah”. Rasulullah saw bersabda:

“Seandainya tidak tinggal bagi dunia ini melainkan sehari saja, niscaya akan dipanjangkan oleh Allah hari itu sehingga dibangkitkan padanya seorang lelaki dari umatku atau ahli keluargaku, yang sama namanya seperti namaku dan nama ayahnya seperti nama ayahku” (At-Tarmizi)

Imam Mahdi adalah orang yang telah Allah janjikan, karena disebut dalam hadist, sehingga Allah akan jaga garis keturunannya, sebagaimana Allah menjaga garis keturunan Baginda Rasulullah saw. Imam Mahdi adalah keturunan orang-orang mulia seperti Rasulullah saw dan Sayyidina Fatimah ra. Rasulullah bersabda:

“Al Mahdi itu adalah salah seorang dari kaum keluargaku, Ahlul-bait” (Ibnu Majah)

“Al Mahdi adalah dari keturunanku, dari anak cucu Fatimah”. (Abu Daud, Ibnu Majah) 


Ciri Fizikal Imam Mahdi 
Imam Mahdi mempunyai ciri-ciri fisik yaitu, kulit dan bentuk tubuhnya seperti orang arab dan di pipi kanannya ada tahi lalat. Gigi seri Imam Mahdi mempunyai jarak, dahinya lebar dan hidungnya mancung. Rasulullah saw bersabda:

“Kulit Al Mahdi adalah seperti kulit orang arab, bentuk tubuhnya seperti bentuk tubuh orang Bani Israil, pipi kanannya terdapat tahi lalat dan kekhalifahannya diredhai oleh penduduk bumi, penduduk langit dan burung-burung di angkasa”. (Abu Nuaim & At Tabrani)

“Sungguh Allah akan melahirkan seorang lelaki dari keturunanku, yang (antara sifat utamanya ialah) giginya mempunyai jarak, dahinya lebar, keadilannya sangat meliputi seluruh alam ….” (Abu Nuaim)

“Al Mahdi adalah dari keturunanku, dahinya luas, hidungnya mancung. Dia memenuhkan bumi ini dengan keadilan…..(Abu Daud & Al Hakim)

Cap Kenabian pada Bahu

Dari keterangan Sahabat bahwa di tengah-tengah dua belikat Imam Mahdi terdapat tanda atau cap kenabian. Hal ini mirip dengan tanda yang ada pada Baginda Rasulullah saw. Orang Nasrani dan Yahudi di waktu itu akan membuktikan orang yang bernama Muhammad saw dengan melihat tanda ini.

Cap kenabian itu besarnya seperti telur burung merpati, tulisannya jelas dan berwarna hitam. Bentuk tulisan itu menonjol keluar, bukan seperti tato yang cekung ke dalam. Cap kenabian ini bukan dibuat manusia dan tidak akan hilang. Di sekeliling cap kenabian itu ada bulu halus yang mengelilinginya. Sehingga tanda ini tidak akan ada yang bisa menirunya, hanya Baginda Rasulullah saw dan Imam Mahdi saja yang Allah beri keistimewaan mempuyai cap kenabian di antara dua belikat, di belakang badan mereka. (Cap kenabian pada Imam Mahdi bukan menandakan dia seorang nabi seperti Nabi Muhammad saw, tetapi tanda dari Allah untuk menentukan bahwa dialah Imam Mahdi-red).

Imam Mahdi ketika “zahir” wajahnya berseri-seri sehingga menggembirakan siapa saja yang melihatnya. Dan kitika “zahir” nanti usianya 40 tahun. Rasulullah saw bersabda:

“Al Mahdi adalah dari anakku, dia berusia 40 tahun. Wajahnya bagaikan bintang yang gemerlapan, pipi kanannya terdapat tahi lalat, kulitnya kemerah-merahan seolah-olah dia adalah keturunan Bani Israil, dia akan mengelurkan harta karun dan akan menundukkan kota-kota maksiat”. (Abu Nuaim)

Keturunan Suku Quraisy

Imam Mahdi berasal dari suku Quraisy, karena semua khalifah berasal dari suku Quraisy. Dan Baginda Rasulullah saw sebutkan akan ada 12 khalifah sepeninggalnya nanti. Dan para ulama sudah mencatat ke 12 khalifah itu yaitu: 1. Khalifah Abu Bakar As-Siddiq ra, 2. Umar bin al Khattab ra, 3. Khalifah Ustman bin Affan ra, 4. Khalifah Ali bin Abi Talib kmw, 5. Sayyidina Hasan bin Ali ra, 6. Sayyidina Muawiyah bin Abu Sofyan, 7. Sayyidina Abdullah bin az Zubair ra, 8. Khalifah Umar bin Abdul Aziz, 9. Sultan Muhammad Al Fateh, 10.Syuaib bin Shaleh At-Tamimi, 11.Imam Mahdi, Muhammad bin Abdullah, 12. Al Qahtani. Rasulullah saw bersabda:

“Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu sebanyak 12 orang Amir (Khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu. “Kemudian aku mendengar Nabi saw menyebutkan sesuatu yang aku tidak seberapa jelas lalu aku bertanya kepada bapakku, “Apa yang Baginda sebutkan?” Jawabnya,”Mereka semua adalah dari kaum Quraisy”. (Abu Daud)

Al Mahdi al Muntazar, Imam yang kita tunggu-tunggu itu adalah pemimpin kebangkitan Islam di akhir zaman. Di tangannya dunia dan seluruh alam akan makmur, aman dan damai. Dialah pemimpin yang akan mengembalikan sistem dunia yang karut-marut, kepada sistem Islam yang selamat menyelamatkan. Berbahagialah orang yang hidup di zamannya dan berjuang bersamanya.

Wallahu A'lam.

Tanda-Tanda Kiamat Semakin Hampir


Planet bernama Nibiru atau planet x (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter( Musytari).

Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik( polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA. Pada bulan Mei 2009 nanti planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..
Lintasan Planet Nibiru ini ke dalam sistem suria dikatakan bakal memberikan impak yang dahsyat di bumi. Gempa-gempa bumi terkuat dalam sejarah manusia moden akan terjadi ketika ini. Setelah bumi bergerak sejajar dengan medan magnet Nibiru, gempa bumi berskala lebih 9 skala Richter akan berlaku dan akan dirasai banyak tempat di dunia. Ketulan ais di kutub akan terbelah dan mencair, meningkatkan aras air laut sehingga menenggelamkan banyak tempat di dunia. Gelombang tsunami raksasa juga dijangkakan akan berlaku pada masa tersebut.
Gangguan elektromagnetik yang berlaku di planet-planet lain dalam sistem suria ketika ini juga dipercayai disebabkan oleh graviti Nibiru. Perubahan cuaca yang agak ekstrem ini juga dipercayai berpunca daripada ketidakstabilan gelombang elektromagnetik bumi akibat pengaruh Nibiru. Kaitan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.

Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak Matahari. (tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan) AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap.

Di Norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana (rujuk akhbar bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Benarlah kata2 RASULULLAH satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zama
n purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR..

Wallahu A'lam.

Selasa, 23 April 2013

Raja Kurush adalah Zulkarnain?


Ya'juj dan Ma'juj - Nabi Zulkarnain a.s

Posted on Friday, February 3, 2012 

Ya'juj dan Ma'juj - Nabi Zulkarnain A.S


Dalam perjalanan Zulkarnain ke arah barat, di sebut dalam surah Al-kahfi ayat 86 :

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenamnya matahari,dia melihat matahari terbenam pada laut yang berlumpur hitam…..”

laut berlumpur hitam itu jika kita anggapkan dengan perjalanan Raja Kurush bermula dari pusat empayarnya dari Iran ke barat,maka bertemulah kita dengan Laut Hitam! Laut yang berlumpur hitam itu adalah Laut Hitam kerana jika kita mengambil gambar dari udara,semua lautan lain airnya berwarna kebiru-biruan kerana didasarnya adalah pasir,kecuali hanya Laut Hitam yang berwarna hitam kerana dasarnya berlumpur hitam.

Selain itu ciri lain Zulkarnain ialah beliau boleh menerima wahyu,seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi…

“…dan kami berkata wahai Zulkarnain,kamu mampu menyiksa ataupun mampu berbuat kebaikan kepada mereka” – ayat 86.

Raja Kurush disebut dalam kitab perjanjian lama seperti buku Isaiah,U’zair dan Chronicle… sebagai seorang raja yang beriman. Jika diteliti sejarah, Raja Kurush menganut agama Zarathustra yang dibawa oleh Nabi Zahathustra. Pada asalnya agama ini tidak menyembah api dan ia adalah diantara empat agama wahyu ilahi.Namun lama kelamaan ia diselewengkan seperti kristian diselewengkan kepada Trinity juga.Nama Zarathustra bertukar kepada Zoroaster selepas itu di zaman yunani purba.Selepas kedatangan islam mereka disebut ahli Al-kitab.

Ternyata raja Kurush seorang raja yang pemaaf, tidak suka kepada pembunuhan, memberi kebebasan beragama dan memperkenalkan hak asasi manusia dan seorang raja yang adil seperti yang tercatat di Cyrus Cylinder.Raja Kurush adalah seorang hamba Allah yang beriman dan takut pada Allah. Beliau telah membebaskan tawanan yahudi dan membenarkan mereka pulang ke Jurusalem dan membina semula tempat ibadat yang pernah dibangunkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyembah Allah. Contoh lain ialah ketika Raja Kurush menawan Lydia, rajanya yaitu Raja Croesus tidak dibunuh atau dizalimi tetapi sebaliknya dilantik sebagai penasihat dan sahabatnya pula.

Ciri Zulkarnain yang lain ialah beliau melakukan perjalanan ke arah Timur seperti firman Allah dalam surah Al-kahfi..

“Hingga ia sampai ke tempat terbitnya matahari(timur) dan mendapati suatu kaum yang tiada bagi mereka perlindungan”.

Sekali lagi dilihat Raja Kurush memenuhi ciri ini kerana beliau pernah bergerak ke Timur yaitu pernah menakluki Makran dan Sistani hingga ke Balkhan dan Afghanistan.

Ciri Zulkarnain yang lain ialah membina benteng besi penghalang Yakjuj Makjuj sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 93-96 yang bermaksud :

“Hingga beliau(Zulkarnain) sampai diantara dua pengadang,beliau mendapati suatu kaum yang hampir-hampir tidak difahami bahasa mereka.Mereka berkata : Wahai Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi,maka bolehkah kami memberi kamu suatu pembayaran supaya kamu membina dinding antara kami dan mereka(yakjuj makjuj).Maka berkata Zulkarnain : apa yang dikuasakan oleh Tuhanku padanya adalah lebih baik,maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka.Berikanlah kepada aku kepingan kepingan besi hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua-dua puncak gunung itu,dia pun berkata:Tiuplah! Sehingga selepas besi itu menjadi merah seperti api,dia pun berkata : berilah kepadaku tembaga yang sudah dilebur untuk aku tuangkan kepadanya” [Al-Quran:surah Al-kahfi : 93-94 ]

Berkaitan dengan perkara di atas , Penduduk atau bangsa yang meminta bantuan dari Zulkarnain itu bukannya penduduk atau komunitas yang sembarangan,mereka ini adalah bangsa yang kaya raya kerana mereka sanggup membayar upah kepada seorang raja yang terkenal. Mengikut pendapat ramai pakar sejarah, tembok Zulkarnain ialah satu tembok di kawasan Kaukasus di kawasan barat laut Kaspia. Ukurannya ialah 50 batu panjang,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki.

Merujuk kepada penulisan Herodotus, beliau mengatakan keturunan Makjuj disebut Scythian dalam bahasa Yunani. Ia didukung oleh flavius Josephus selepas itu. Herodotus menulis bahawa Kaum Scythian pernah menguasai Madia /Empayar Parsi selama 28 tahun dan selepas itu mereka dikalahkan kembali oleh raja Kurush (Cyrus The Great).






Ingin tau lebih detail tentang Scyhtian? http://www.arkhamhaus.com/scythian-scouts.html

Untuk mengetahui siapakah bangsa yang meminta bantua Zulkarnain, marilah kita merujuk ayat Al-Quran ,kata-kata Zulkarnain “maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka”. Ada yang beranggapan ini bermaksud Zulkarnain hanya membantu mereka, sebenarnya mereka telah mahir dan mempunyai alat-alat tersebut (telah pandai bukan kaum yang primitif).

Maka siapakah bangsa misteri itu? Jika menurut penulisan Herodotus, kaum Georgian adalah golongan yang pertama sekali mengetahui cara melebur dan membentuk besi. Mereka berasal dari Selatan Kaukasus. Kaum ini di kenali sebagai Kolchis oleh orang purba Yunani dan Rom. Keturunan mereka telah disebut dalam kitab Genesis sebagai guru atau pengajar kepada semua kemahiran dan pertukangan yang melibatkan besi dan tembaga [Herodotus:Trans by William Beloe. (1831) :Jones&Co;University of Michigan]

Bangsa Armenia juga dikatakan mahir dalam pencairan besi di zaman purba.Walaupun begitu mereka – [ orang-orang Georgia dan Armenia] - selalu diserang oleh kaum dari utara yang disifatkan sebagai ganas dan liar iaitu kaum Scythian dan Cimmerian.


Dicatatkan bahawa dalam kurun ke 6 SM hingga ke 5 SM mereka dibawah taklukan Empayar Parsi yang ditadbir oleh Dinasti Achaemenes.Maka,siapakah raja dari Dinasti Achaemenes itu?... raja itu ialah… tidak lain dan tidak bukan Raja Kurush (Cyrus The Great).



jika mereka sudah tahu dan mahir membuat dan melebur besi,mengapa perlu meminta pertolongan Zulkarnain untuk membuat tembok besi itu???

Jawabannya ialah sudah pasti mereka meminta Zulkarnain membuat dan menyelenggarakan projek tersebut kerana pada waktu itu mereka di bawah kekuasaan atau kerajaan Zulkarnain.Rakyat mestilah memohon dan memaklum akan hasrat tersebut kepada pemerintah,Dengan bantuan Zulkarnain dan pengawalan bala tenteranya sudah pasti projek tersebut telah berjalan lancar selama 9 tahun dan siap tanpa gangguan dari kaum Scythian sebelah utara!

Alasan yang lain ialah mungkin mereka ingin teknologi pembinaan yang lebih canggih dari Zulkarnain yang ketika itu raja yang menguasai Timur dan barat memandangkan tembok yang ingin dibina ialah panjangnya 50 batu, 29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki itu tidak mampu dibuat oleh mereka tanpa bantuan teknologi Zulkarnain. Bayangkanlah bagaimanakah rupanya alat yang digunakan untuk MENIUP besi panas yang berwarna merah itu sebelum ia di campurkan dengan tembaga yang sudah lebur keatasnya seperti yang diterangkan dalam Al-Quran itu!

Jika disandarkan kepada kriteria Zulkarnain,maka Raja Kurush adalah orang yang paling layak dan beliau terbukti mempunyai teknologi yang hebat,contohnya ketika mengalihkan aliran sungai Euphrate sehingga aras airnya menurun ke aras paha dan memudahkan tentera berkudanya menyeberangi sungai tersebut lalu menakluki Babylon pada tahun 539 SM .

Kesimpulan

Maka Raja Kurush dari Empayar Parsi itulah Zulkarnain, Dialah yang membina tembok besi bercampur tembaga itu.
kaum Georgian dan Bangsa Armenia adalah kaum yang meminta dibina tembok.
Pada masanya Ya'juj dan Ma'juj adalah Kaum Scythian dan Cimmerian.

Rabu, 17 April 2013

Piramid Berasal Daripada Asia Tenggara ??



                                       

Sebenarnya sudah ada kajian yang dibuat oleh para arkeologis barat dan dari negara jiran sendiri yang menunjukkan bahawa budaya piramid sebenarnya berasal dari Nusantara. Lebih tepat lagi ianya dikaitkan dengan sebuah benua yang telah tenggelam iaitu Sundaland. Sudah lama sebenarnya saintis-saintis barat mengeluarkan teori mereka mengenai Sundaland dan kebanyakan teori ini memang benar. Namun demikian sebahagian besar ahli-ahli arkeologi , geologi dan Sejarah aliran perdana masih meraguinya kerana menurut mereka ini semua pseudoscience dan arkeologi terlarang. Seperti yang kita tahu sebenarnya banyak penemuan arkelologis yang terpaksa dirahsiakan oleh kerajaan-kerajaan tertentu kerana ia bercanggah dengan teori-teori ilmuan perdana. Namun yang benar tetap akan tersingkap walau bagaimana carapun kita menutupnya bak kata orang Melayu bangkai gajah kalau ditutup akan berbau juga.



Di negara jiran kita Indonesia beberapa Ahli arkeologi dan geologi ternama mereka sedang giat untuk membuktikan bahawa sememangnya tanah Nusantara ini wujud sebuah ketamadunan purba yang tinggi teknologinya. Salah satu teknologi tamadun purba ini adalah pembinaan piramid. Professor Robert Schoch dalam kajian beliau ada menyatakan bahawa sebenarnya ilmu pembinaan piramid bukanlah asli dari Mesir tetapi sebaliknya milik bangsa yang lebih tua yang berasal dari timur di sebuah benua yang telah tenggelam. Menurut beliau lagi Sundaland yang tenggelam lebih kurang 70000 tahun yang lalu telah memperlihatkan penghijrahan satu kaum yang maju yang membawa ilmu pembinaan piramid ke serata dunia termasuklah Mesir.



Kajian yang dibuat beliau bukan sahaja menyetuh tentang bukti-bukti arkeologi tetapi juga bukti linguistik, antropologi, DNA, dan geologi. Oleh itu adalah sukar untuk menyangkal teori yang dibuat beliau tanpa pengetahuan dalam bidang-bidang tersebut. Tambah beliau lagi tamadun-tamadun utama dunia seperti Sumer, China, Bolivia, Peru dan lain-lain mendapat ilmu mereka dari orang-orang Sundaland yakni Nusantara. Menurutnya lagi manusia dari Sundaland ini mempunyai ilmu pelayaran yang hebat dan telah berlayar ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan tamadun mereka. Adakah anda pernah menonton filem 10 000 b.c? jika belum sila tonton kerana dalam filem itu ada maksud tersembunyi. Jika kita teliti betul-betul dalam babak akhir filem tersebut setelah kesemua hamba-hamba itu memberontak para penguasa yang mengarah untuk membina piramid tersebut cuba melarikan diri dengan sebuah kapal besar yang disembunyikan di belakang Piramid. Filem ini dengan jelas cuba memberi clue kepada kita bahawa Pembina piramid datang dari wilayah asing yang jauh

Nabi zulqarnain ada kaitan dengan Raja Kurush?


Zulqarnain didalam Surah Al Kahfi adalah raja Koresh (Kurush) atau juga dikenal dengan Cyrus II raja Persia, dengan alasan sebagai berikut :
1. Kata zulqarnain yang berbentuk kiasan “mempunyai dua kekuasaan atau kerajaan” atau “dua tanduk” artinya seorang penguasa atau raja yang memiliki atau terbentuk dari 2 kerajaan. Dalam sejarah kita mengetahui bahwa Kerajaan Koresh (Persia) dibentuk dengan menyatukan 2 kerajaan sebelumnya yaitu keedia darajaan Mn Anshan pada tahun 549 SM.
2. Dalam Kitab Daniel pada Perjanjian lama disebutkan perumpamaan “Domba” bertanduk 2 yang menanduk ke barat dan timur. Nabi Daniel dengan jelas menyebutkan itu adalah raja Persia yang terbentuk dari Media dan Anshan.
“Vision” dari Nabi Daniel ttg biri-biri jantan bertanduk dua, yang sebelah tanduknya lebih tinggi yang datang belakangan, mengisyaratakan tanduk yang lebih rendah yaitu Media dan tanduk yang lebih tinggi yaitu Parsi yang belakangan menjadi Imperium Paarsi. Dalam sejarah tokoh yang mendirikan Kerajaan Media dan Parsi yang kemudian menjadi Imperium Parsi tersebut adalah Cyrus the Great (600 – 529) SM, mendirikan Imprium Parsi (550) SM, dan memerintah (550 – 529) SM. Jadi “Vision” dari Nabi Daniel itu mengisyaratkan bahwa zulqarnain adalah Cyrus the Great
3. zulqarnain adalah orang beriman pada Allah, tidak mungkin menyembah Dewa-dewa seperti halnya Alexander (Iskandar), menurut buku yang pernah kami baca memang Koresh adalah seorang raja Muslim yang mengikuti agama Tauhid yang dibawa oleh seorang nabi Persia Zaratushtra yang sekarang agamanya menyimpang disebut dengan Zoroaster.
Cyrus the Great penganut yang taat dari agama Zarathustra. Di sekolah-sekolah diajarkan bahwa agama Zarathustra menyembah Dua Tuhan, yaitu Tuhan Terang Ahura Mazda (ormuzd) dan Tuhan Gelap, Angra Manyu (Ahriman). Namun dewasa ini ada aliran agama Zarathustra di Amerika yang bersemboyan: “Kembali ke Gatha”, mereka ini berkeyakinan Zarathustra tidak mengajarkan dua tuhan, melainkan Zarathustra mengajarkan Satu Tuhan, yaitu Ahura Mazda menciptakan Angra Manyu, seperti Allah menciptakan iblis dalam agama Yahudi, Nashrani dan Islam.
mengenal siapa Lelaki Misteri yang disebut namanya Zul-Qarnain sebanyak 3 kali dalam surah Al-Kahfi ini,kita perlulah terlebih dahulu mengenal dan mengkaji siapakah Bangsa Yakjuj Makjuj dan di manakah dinding besi bercampur tembaga yang dibina oleh Zul-Qarnain dan ketiga-tiga kata kunci itu mestilah saling berkaitan dan perlu berjalan seiring dalam satu cerita dalam satu masa mengikut time line.


Ada beberapa nama atau watak tersohor sepanjang sejarah manusia yang cuba diketengahkan dan didakwa sebagai Zul-Qarnain,tetapi yang paling banyak diperbahaskan ialah Raja Kurush(Cyrus The Great) dan Raja Iskandar(Alexander The Great).Walaupun secara peribadinya saya berpendapat Raja Kurush atau Cyrus The great adalah watak yang sesuai dengan Zul-Qarnain yang disebut dalam Al-Quran,namun dalam artikel ini saya juga turut menulis secara ringkas tentang Raja Iskandar.


Kita mulakan dengan Zul-Qarnain,selepas itu Raja Kurush atau Cyrus The Great dan seterusnya Raja Iskandar atau Alexander The Great


**********************************************************************************


Zulqarnain Mengikut Al-Quran :

Bermakna ; yang mempunyai dua tanduk,yang datang dari dua kurun,yang datang dari dua generasi,yang memiliki dua ufuk(timur dan barat),yang memiliki kekuatan jasmani dan rohani,yang beroleh hidayat berupa ilham dan petunjuk Ilahi.

Namanya disebut Oleh Allah sebanyak tiga kali dalam surah Al-Kahfi

Ada kaitan dengan Yakjuj Makjuj.

Menerima wahyu dari Allah berupa ilham

Membina tembok besi bercampur tembaga untuk halang Yakjuj Makjuj



**********************************************************************************


Raja Kurush atau Cyrus The Great ( 590 SM – 530 SM ) :




Juga digelar Cyrus II Parsi atau Cyrus The great.

Dilahirkan di Anshan,Iran pada 590 SM (ada yang mengatakan lahir pada 576 SM)

Anak kepada Raja Parsi Cambyses I (anak kepada Cyrus I )

Tahun 559 SM,beliau menaiki tahkta Raja Anshan setelah ayahnya meninggal dunia.



Tahun 550 SM, beliau berjaya menawan Ecbatana iaitu Bandar utama Empayar Madia(Medes).

Tahun 546 SM,beliau berjaya menakluk keseluruhan Empayar Madia(Medes) dan menjadi Raja bagi Empayar Parsi.

Tahun 539 SM ,beliau menawan Babylon tanpa penentangan yang hebat dan pertumpahan darah kerana kedatangan tentera mereka melintasi Sungai Euphrate sebelah malam setelah mengalihkan dahulu aliran sungai itu kesebuah terusan menyebabkan paras air sungai turun ke aras paha, tidak di sangka oleh penduduk dan tentera Babylon.Akhirnya beliau menjadi Raja Babylon pada 24/10/539 SM. Dengan itu beliau berjaya mengalahkan 3 kerajaan besar iaitu Medes,Lydia dan Babylon.
* Empayar Parsi- Cyrus The great(Raja Kurush)

Beliau membebaskan semua tahanan yahudi yang diambil sebagai hamba abdi semasa pemerintahan Raja Bukhtanasar dan membenarkan mereka pulang ke tanahair mereka di Palestine.

Bulan Ogos 530 SM,beliau meninggal dunia dalam satu peperangan melawan Kaum Massagetae.Kaum ini banyak persamaan dengan kaum Sychtian dari segi cara berpakaian, gaya hidup, dan cara berperang secara berkuda dan menggunakan panah.Mayatnya dikebumikan di Pasargadae,Iran.Jika benar dia Zul-Qarnain,maka matinya Raja Kurush itu adalah mati yang mulia sebagai syahid kerana berjihad melawan bangsa keturunan Yakjuj Makjuj!

* Makam Raja Kurush di Pasargadae, Iran
Sumbangannya ialah pembebasan hamba,memperkenalkan sistem pos dan hak-hak asasi manusia sebagaimana yang tercatat pada Cyrus Cylinder termasuk kebebasan beragama.


***********************************************************************************


Raja Iskandar atau Alexander The Great ( 356 SM – 323 SM ) :

* Raja Iskandar (Alexander The Great )

Seorang raja yang dikenali sebagai Alexander of Mecedonia, atau Alexander III, atau Alexander The Great. Nama arabnya ialahIskandar Al-Makduni (Macedonia).

Dilahirkan pada tahun 356 SM di Pella,Macedonia (Greece sekarang ini)

Murid kepada Aristotle iaitu seorang ahli falsafah Yunani

Menjadi raja pada tahun 336 SM menggantikan ayahnya Raja Philip II yang dibunuh.



Mempunyai seekor kuda hitam bernama Bucephalus,berkhidmat sehingga 20 tahun bersama Iskandar sehingga kuda itu mati dalam satu peperangan di India.

Memulakan misi penaklukannya ke asia pada tahun 334 SM

Tahun 333 SM terlibat dalam peperangan Issus- menang mengalahkan Raja Empayar Parsi iaitu Darius III.

Tahun 331 SM, Darius berdamai dengan Raja Iskandar.Selepas itu berperang kembali dalam peperangan Gaugamela.Raja Iskandar menang dan Darius melarikan diri dan dibunuh oleh menterinya sendiri.

Tahun 327 SM Iskandar mula terpengaruh dengan adat resam orang parsi.Orang bawahan mesti mencium tangan,melutut dan menyembah orang atasan sebagai tanda hormat.Motif kononnya untuk mengekalkan sifat ketuhanan diri Iskandar itu sendiri yang merasakan dia adalah anak Zeus tidak dipersetujui oleh rakyatnya dan orang ramai.Selepas itu mula membunuh pegawai dan menterinya sendiri yang cuba memberontak

Tahun 326 SM ,terlibat dalam peperangan Hydespas melawan Raja wilayah Punjab iaitu Raja Porus dari Empayar Magada dalam misinya menawan India.Iskandar menang tetapi kuda kesayangannya terbunuh.Berlaku pemberontakan dari tenteranya sendiri ketika ditebing sungai Ganges kerana keengganan mereka menyeberangi sungai itu yang dalam dan deras airnya dengan kuda .

Tahun 323 SM, beliau meninggal dunia di Istana yang dulunya milik Raja Bukhtanasar di Babylon.Punca kematian masih misteri,diantaranya diracun,malaria,demam panas.

Bertanggungjawab atas kematian ratusan ribu nyawa tenteranya dan musuh-musuhnya.

Selalu mengambil arak dan selalu berada dalam keadaan mabuk.Beliau tidak menjaga kepentingan rakyat dan orang ramai,malah negaranya sendiri hampir-hampir dikalahkan musuh di masa ketiadaanya dalam tahun 331 SM oleh orang-orang Yunani.Ini adalah kerana Macedonia kekurangan tentera selepas 300,000 tentera dikerahkan oleh Iskandar dalam misinya.Beliau juga tidak memikirkan kepentingan negaranya sendiri kerana sanggup menghabiskan masa di luar negara sedangkan Macedonia tiada pewaris semasa ketiadaannya.

Empayarnya melebar dari Balkan Hingga ke Himalaya India.6 minggu sebelum usianya menjejak 33 tahun beliau telah menakluk 3 buah benua dalam masa kurang sedekad.

Masih banyak cerita-cerita pelik dalam sisi hidupnya yang gelaptercatat dalam sejarah yang tidak mahu saya tuliskan disini!


Hujah-Hujah Raja Kurush (Cyrus The Great) itu Zulqarnain :


Dalam Old Testement, buku Daniel-Bab lapan, ada tertulis tentang bagaimana Nabi Daniel bermimpi di istana Shushan di Wilayah Elam menggambarkan ada seekor kambing gurun bertanduk dua yang mengalahkan semua binatang dan akhirnya dikalahkan oleh kambing bertanduk satu.

Selepas itu Nabi Daniel tidak sedarkan diri lalu muncullah malaikat dan memberitahu dirinya bahawa yang bertanduk dua ituadalah Raja kepada Madia dan Parsi dan yang bertanduk satu ituadalah Raja Yunani.Jadi raja yang memenuhi ciri-ciri mimpi di atas ialah Cyrus The Great(Kambing bertanduk dua).Lagipun ia betul mengikut turutan masa (time line) iaitu lebih awal dari masa Raja Iskandar(Alexander The great) yang digambarkan di dalam mimpi itu sebagai kambing bertanduk satu!

Zulqarnain juga disebut dalam buku Daniel dan buku U’zair(Ezra) sebagai seorang raja yang beriman dengan Allah swt.Perwatakan ini sama dengan Raja Kurush atau Cyrus The Great.Tidak logik pula kalau disandarkan watak Zul-Qarnain itu kepada Raja Iskandar kerana kita tahu bagaimana cara hidup Raja Iskandar!

Ciri-ciri Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran seperti membuat perjalanan kearah matahari terbenam(barat),menerima wahyu dari Allah iaitu boleh memilih samaada boleh mengazab atau membuat kebaikan terhadap musuh-musuhnya,membuat perjalanan ke arah matahari terbit(timur) dan membina tembok menghalang Yakjuj makjuj juga dipenuhi oleh watak Cyrus The Great/Raja Kurush

Dalam perjalanan Zul-Qarnain ke arah barat, di sebut dalam surah Al-kahfi ayat 86 :

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenamnya matahari,dia melihat matahari terbenam pada laut yang berlumpur hitam…..”laut berlumpur hitam itu jika kita anggapkan dengan perjalanan Raja Kurush bermula dari pusat empayarnya dari Iran ke barat,maka bertemulah kita dengan Laut Hitam! Laut yang berlumpur hitam itu adalah Laut Hitam kerana jika kita mengambil gambar dari udara,semua lautan lain airnya berwarna kebiru-biruan kerana didasarnya adalah pasir,kecuali hanya Laut Hitam yang berwarna hitam kerana dasarnya berlumpur hitam.

Jika dikatakan Zul-Qarnain itu Raja Iskandar,maka akan jadi pelik dan tidak seiring pula dengan time line kerana pada waktu pertama kali pergerakan kekuasaan tentera Macedonia kearah barat itu Raja Iskandar masih kanak-kanak dan penaklukan itu di buat oleh ayahnya iaitu Raja Phillip II.

Selain itu ciri lain Zul-Qarnain ialah beliau boleh menerima wahyu,seperti firman Allah dalam surah Al-Kahfi… “…dan kami berkata wahai Zulqarnain,kamu mampu menyiksa ataupun mampu berbuat kebaikan kepada mereka” – ayat 86.

Orang yang paling sesuai ialah Raja Kurush,ia juga disebut dalam kitab perjanjian lama seperti buku Isaiah,U’zair dan Chronicle…sebagai seorang raja yang beriman.Jika diteliti sejarah, Raja Kurush menganut agama Zarathustra yang dibawa oleh Nabi Zahathustra. Pada asalnya agama ini tidak menyembah api dan ia adalah diantara empat agama wahyu ilahi.Namun lama kelamaan ia diselewengkan seperti kristian diselewengkan kepada Trinity juga.Nama Zarathustra bertukar kepada Zoroaster selepas itu di zaman yunani purba.Selepas kedatangan islam mereka disebut ahli Al-kitab.

Ternyata raja Kurush seorang raja yang pemaaf,tidak suka kepada pembunuhan ,memberi kebebasan beragama dan memperkenalkan hak asasi manusia dan seorang raja yang adil seperti yang tercatat di Cyrus Cylinder.Raja Kurush adalah seorang hamba Allah yang beriman dan takutkan Allah.Beliau telah membebaskan tawanan yahudi dan membenarkan mereka pulang ke Jurusalem dan membina semula tempat ibadat yang pernah dibangunkan oleh Nabi Sulaiman untuk menyembah Allah.Contoh lain ialah ketika Raja Kurush menawan Lydia,rajanya iaitu Raja Croesus tidak dibunuh atau dizalimi tetapi sebaliknya dilantik sebagai penasihat dan sahabatnya pula.

Jika Zulqarnain itu disandarkan kepada Raja Iskandar pula,agak tidak logik kerana beliau menyembah tuhan yang pelbagai.Beliau juga mengaku beliau anak Tuhan Zeus dan anak tuhan Ammon.Beliau pernah mendirikan 12 kuil untuk menyembah 12 tuhan Olympia di Sungai Hyphasis,India.pada tahun 332 SM,ketika beliau memasuki Mesir,beliau telah melakukan korban pujaan kepada Dewa Apis dimana dewa itu yang juga digelar Dewa Hapi adalah seekor kerbau yang dianggap suci.Selepas itu beliau ditakhtakan dengan takhta berkembar Firaun.

Beliau juga tidak memenuhi ciri-ciri Zulqarnain kerana melakukan pembunuhan dan pembakaran beramai-ramai keatas orang-orang Assakenian di Ora dan Massage walaupun mereka telah menyerah kalah.


Ciri Zulqarnain yang lain ialah beliau melakukan perjalanan ke arah Timur seperti firman Allah dalam surah Al-kahfi.. “Hingga ia sampai ke tempat terbitnya matahari(timur) dan mendapati suatu kaum yang tiada bagi mereka perlindungan”.Sekali lagi dilihat Raja Kurush memenuhi ciri ini kerana beliau pernah bergerak ke Timur iaitu pernah menakluki Makran dan Sistani hingga ke Balkhan dan Afghanistan.

Ciri Zulqarnain yang lain ialah membina benteng besi penghalang Yakjuj Makjuj sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Kahfi ayat 93-96 yang bermaksud :

“Hingga beliau(zulqarnain) sampai diantara dua pengadang,beliau mendapati suatu kaum yang hampir-hampir tidak difahami bahasa mereka.Mereka berkata : Wahai Zulqarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj adalah orang-orang yang melakukan kerosakan di muka bumi,maka bolehkah kami memberi kamu suatu pembayaran supaya kamu membina dinding antara kami dan mereka(yakjuj makjuj).Maka berkata Zulqarnain : apa yang dikuasakan oleh Tuhanku padanya adalah lebih baik,maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka.Berikanlah kepada aku kepingan kepingan besi hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua-dua puncak gunung itu,dia pun berkata:Tiuplah! Sehingga selepas besi itu menjadi merah seperti api,dia pun berkata : berilah kepadaku tembaga yang sudah dilebur untuk aku tuangkan kepadanya [Al-Quran:surah Al-kahfi : 93-94 ]

Berkaitan dengan perkara di atas ,saya berkeyakinan penuh bahawa Yakjuj Makjuj ini adalah manusia,puak yang meminta bantuan dari Zul-Qarnain itu pula bagi saya bukannya penduduk atau komuniti yang sembarangan,mereka ini adalah bangsa yang kaya raya kerana mereka sanggup membayar upah kepada seorang raja yang terkenal.Contoh mudah ialah jika kita mahu mengupah Yang Di Pertuan Agung untuk melakukan sesuatu tugas atau kerja ,takkan lah harganya bernilai puluhan atau ratusan ringgit je!!! Tentulah upahnya mahal bukan? Jadi...hanya orang yang berada saja yang sanggup membayar upah semahal itu!



Tercatat dalam sejarah kedua-dua mereka, sama ada Raja Kurush atau Raja Iskandar pernah membuat dinding/tembok iaitu sepanjang sungai Syrdar’ya atau Jaxartes yang digelar Cyreschata(dinding kurush) dan Alexandria Eschaete(dinding Iskandar).Antara tembok-tembok lain yang dibina oleh raja-raja yang berlainan adalah Tembok Besar China,tembok di asia tengah berhampiran Bukhara dan Tirmidh,tembok di Dagistan Russia atau dikenali sebagai Derbent berhampiran laut kaspia atau tembok yang dibina di arah barat di kawasan Kaukasus ketiga.

Mengikut pendapat ramai pakar sejarah,tembok Zulqarnain ialah satu tembok di kawasan Kaukasus di kawasan barat laut Kaspia.Ukurannya ialah 50 batu panjang,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki.


Hujah lain yang mengatakan itulah tembok yang dibina oleh Zulqarnain ialah ketika zaman khalifah Saidina Umar ,beliau telah menghantar Suraqah bin Amr pada tahun 22 Hijrah ke Derbent untuk mencari dan mengkaji tembok Zulqarnain di situ.Sekiranya disitu bukan letaknya tembok Zulqarnain,mengapa Saidina Umar menghantar utusannya iaitu Abdul Rahman bin Rabi’ah bersama Suraqah bin Amr melaui Armenia ketempat itu dan bukan ke tempat lain.


Hujah yang lain ialah ketika pemerintahan khalifah Abbasiah Al-Wathiq yang memerintah antara tahun 908 M – 932 M,beliau sekali lagi menghantar seorang utusan ke Derbent melaui Tblisi sebelum memasuki kawasan kaukasus iaitu Ahmad bin Fadhlan untuk mencari dan mengkaji tembok tersebut secara terperinci.

Oleh itu sekiranya ini benar-benar tembok yang dibina oleh Zulqarnain,maka Raja Kurush sekali lagi menepati ciri-ciri Zul-Qarnain kerana dalam catatan sejarah, Raja Iskandar tidak pernah menjejakkan kakinya ke kawasan Kaukasus dan kawasan ini bukan termasuk dalam jajahannya! Ilmuan Abul Kalam pernah menceritakan bahawa Raja Kurush(Cyrus The Great) dalam ekspedisinya ke utara telah bertempur dengan Kaum Sychtian yang di terjemahkan sebagai kaum liar Yakjuj Makjuj.Raja Kurush telah mengalahkan mereka di satu tempat bernama Daryal Pass yang terletak di Derbent.Beliau lalu membina dinding besi bercampur tembaga disitu.Jika kita sandarkan Pembina tembok itu adalah Raja Iskandar,maka ianya agak tidak masuk akal kerana dia tidak pernah ke sana,dan masa pemerintahannya yang singkat iaitu selama 7 tahun tidak mencukupi untuk membina tembok kerana sibuk meluaskan jajahan penaklukannya dan serangan kearah India.


Oleh itu ramai pakar sejarah berpendapat Raja Kurush adalah orang yang sesuai dengan ciri Zulqarnain itu kerana mengambil kira beliau telah membina tembok untuk menghalang kaum liar Scythian (Yakjuj Makjuj ) dari menggangu rakyat di bawah taklukannya yang berada di sebelah selatan Banjaran Kaukasus iaitu meliputi Azerbaijan,Georgia,Dagistan dan Armenia pada tahun 537 SM dalam tempoh 9 tahun pemerintahannya di situ iaitu 200 tahun sebelum kelahiran Raja Iskandar(lahir 336 SM).


Merujuk kepada penulisan Herodotus,beliau mengatakan keturunan Makjuj disebut Scythian dalam bahasa Yunani.Ia disokong oleh flavius Josephus selepas itu.Herodotus menulis bahawa Kaum Scythian pernah menguasai Madia /Empayar Parsi selama 28 tahun dan selepas itu mereka dikalahkan kembali oleh raja Kurush (Cyrus The Great)


Maka, marilah kita teruskan perbincangan kita pula berkaitan dengan pembinaan tembok besi itu oleh Zulqarnain.Jika di teliti ayat Al-Quran dalam surah al-kahfi ayat 93-94 di atas,puak yang memohon jasa baik Zulqarnain untuk membuat tembok itu sebenarnya adalah satu puak atau bangsa yang sememangnya sudah mahir dalam pencairan dan pembuatan besi.


Saya juga ingin menarik perhatian anda semua untuk berfikir berkaitan ayat Al-Quran ,kata-kata Zul-Qarnain “maka tolonglah aku dengan kekuatan tenaga manusia dan alat alat supaya dapat aku membuat dinding antara kamu dan mereka”.Bagi saya ayat itu bermaksud Zul-Qarnain hanya membantu mereka sahaja! Mereka sebenarnya telah mahir dan mempunyai alat-alat tersebut. Jika mereka tidak mahir masakan Zulqarnain berkata “Berilah kepadaku tembaga yang yang sudah dilebur supaya dapat dituangkan kepada besi itu”.Jika mereka adalah puak yang tidak tahu melebur atau membuat besi dan tembaga,sudah tentu Zulqarnain berkata “Berikanlah kepadaku tembaga yang telah kuleburkan itu”!



Maka siapakah bangsa misteri itu?.Jika menurut penulisan Herodotus,kaum Georgian adalah golongan yang pertama sekali mengetahui cara melebur dan membentuk besi.Mereka berasal dari Selatan Kaukasus.Kaum ini di kenali sebagai Kolchis oleh orang purba Yunani dan Rom.Keturunan mereka telah disebut dalam kitab Genesis sebagai guru atau pengajar kepada semua kemahiran dan pertukangan yang melibatkan besi dan tembaga [Herodotus:Trans by William Beloe. (1831) :Jones&Co;University of Michigan].

Bangsa Armenia juga dikatakan mahir dalam pencairan besi di zaman purba.Walaupun begitu mereka – [ orang-orang Georgia dan Armenia] - selalu diserang oleh kaum dari utara yang disifatkan sebagai ganas dan liar iaitu kaum Scythian dan Cimmerian.

Dicatatkan bahawa dalam kurun ke 6 SM hingga ke 5 SM mereka dibawah taklukan Empayar Parsi yang ditadbir oleh Dinasti Achaemenes.Maka,siapakah raja dari Dinasti Achaemenes itu?...raja itu ialah… tidak lain dan tidak bukan Raja Kurush (Cyrus The Great).


Mungkin ada orang yang bertanya saya pula selepas ini ,jika mereka sudah tahu dan mahir membuat dan melebur besi,mengapa perlu meminta pertolongan Zul-Qarnain untuk membuat tembok besi itu???

Jawapannya ialah sudah pasti mereka meminta Zul-Qarnain membuat dan menyelenggarakan projek tersebut kerana pada waktu itu mereka di bawah kekuasaan atau kerajaan Zul-Qarnain.Rakyat mestilah memohon dan memaklum akan hasrat tersebut kepada pemerintah,Dengan bantuan Zul-Qarnain dan pengawalan bala tenteranya sudah pasti projek tersebut telah berjalan lancar selama 9 tahun dan siap tanpa gangguan dari kaum Scythian sebelah utara!



Alasan yang lain ialah mungkin mereka mahukan teknologi pembinaan yang lebih canggih dari Zulqarnain yang ketika itu raja yang menguasai Timur dan barat memandangkan tembok yang ingin dibina ialah panjangnya 50 batu ,29 kaki tinggi dan tebalnya ialah 10 kaki itu tidak mampu dibuat oleh mereka tanpa bantuan teknologi Zul-Qarnain.Bayangkanlah bagaimanakah rupanya alat yang digunakan untuk MENIUP besi panas yang berwarna merah itu sebelum ia di campurkan dengan tembaga yang sudah lebur keatasnya seperti yang diterangkan dalam Al-Quran itu!


Jika disandarkan kepada watak Zul-Qarnain,maka Raja Kurush adalah orang yang paling layak dan beliau terbukti mempunyai teknologi yang hebat,contohnya ketika mengalihkan aliran sungai Euphrate sehingga aras airnya menurun ke aras paha dan memudahkan tentera berkudanya menyeberangi sungai tersebut lalu menakluki Babylon pada tahun 539 SM .


Bayangkan saudara,ternyata kerja-kerja mengalihkan air itu bukan perkara yang mudah jika tidak dibantu oleh teknologi Raja Kurush!!! Lagipun bila kembali semula kepada zaman Raja Iskandar selepas itu iaitu ketika ingin menyerang wilayah Punjab Empayar Magada India,tenteranya terpaksa memberontak kerana melawan arahan Raja Iskandar yang menyuruh mereka menyeberangi Sungai Ganges yang dalam dan deras dengan kuda.

Mengapa Raja Iskandar tidak berfikir dan bertindak seperti raja kurush sebelumnya? Hal ini bagi saya adalah satu lagi bukti yang menunjukkan Raja Kurush mempunyai kelebihan akal dan teknologi serta seorang raja yang mendapat petunjuk dari Allah berbanding Raja Iskandar.



Berbalik semula kita kepada proses pembinaan tembok tersebut,Adakah tiupan itu mampu dibuat dengan mulut mulut penduduk Georgia dan Armenia atau tiupan itu dibuat oleh makluk lain yang berbentuk Mitos/khayalan ,adalah tidak logik.Lagipun benda-benda berbentuk Mitos itu tidak ada dalam al-quran ,mengapa harus kita mempercayainya?


Akhirnya saya ingin membuat kesimpulan bahawa Raja Kurush atau Cyrus The Great adalah Raja yang memiliki ciri-ciri Zulqarnain seperti yang disebut dalam Al-quran.


Oleh itu….jika anda semua juga bersetuju dengan saya…maka…

Marilah kita siapkan puzzles ribuan tahun ini bersama!!!

Ingat 3 Kata Kunci Utama dalam artikel-artikel saya sebelum ini ? iaitu Zulqarnain,Yakjuj Makjuj dan Dinding/tembok besi mestilah berlaku dalam satu masa/zaman dan mestilah saling berkait antara satu sama lain mengikut time line!

* Kota Porsepolis- ibukota Empayar Parsi

Maka Raja Kurush dari Empayar Parsi itulah Zulqarnain,Dialah yang membina tembok besi bercampur tembaga itu,dialah yang berperang dengan kaum Scythian yakjuj makjuj itu. Nah bukankah itu 3 cerita dalam satu masa!!!



Anda tidak bersetuju dengan saya? Tidak mengapa….


mungkin ada yang berkata kalau begitu kenapa tidak diletakkan nama Kurush sahaja menggantikan Zulqarnain dalam surah al-Kahfi itu?.....hanya Allah swt saja yang tahu sebabnya

Pendapat saya pula , salah satu sebabnya ialah supaya kita berfikir dan terus berfikir…….teruskan membaca…dan berfikir….

Selain itu, mungkin ada agenda tersembunyi dari Dajjal dalam mengubah dan memutar belitkan fakta sejarah…tujuannya hanya satu :

* untuk menipu manusia dan menyembunyikan kebenaran itu sejak zaman berzaman!.
..

tidak percaya???


Sila lihat contoh peranan Ulamak upahan Zionis/Dajjal untuk menggelapkan sejarah kehebatan melayu islam dizaman Kerajaan Perlak,Samudera-Pasai dan Aceh seperti dalam artikel saya sebelum ini bertajuk “ Sangtawal Bongkar Rahsia Sheikh Nuruddin Si Pengkhianat Agama-Bangsa Yang Terpendam Sejak 375 tahun !”….

Jika diteliti sejarah kesusasteraan dan budaya Yunani telah berlaku satu usaha untuk memperbesar-besarkan peranan bangsa Yunani di pentas dunia dan cuba menggelapkan peranan Bangsa lain seperti Parsi dan Rom…dan jangan lupa juga Bangsa Mala di Land Of Promised!



Mungkin kata-kata Prof Dr Hamka dalam tafsir Al-Azhar menyebut tentang siapakah Zulqarnain ini boleh kita renungkan bersama…katanya :

Zul Qarnain bukanlah nama,melainkan gelaran kebesaran dan kehormatan yang diperlambangkan oleh penguasa itu dengan memakai mahkota yang bertanduk dua.Biasanya tanduk dua itu,yang dilambangkan sebagai tanduk lembu liar terpisah ke kiri dan ke kanan dan di perbuat dari emas.Dan hanya raja itu saja yang memakainya.Ketika seseorang memohon ampun atau ketika mengadapnya,tidaklah orang menyebut namanya melainkan memanggilkan mahkota yang merangkap gelaran kebesarannya,“Wahai Zul Qarnain!” “Wahai yang mempunyai dua tanduk!”.Hingga pada zaman kita yang Mutakhir ini pun kebiasaan demikian masih banyak dipakai raja-raja besar,masing-masing dengan susunan katanya sendiri,Malah Yang DiPertuan Minangkabau di zaman bahari disebut : “Daulat Yang Di Pertuan,Yang Bersemayam di Pagar Ruyung,Yang Empunya Mahkota Si Kula-Qamat,Yang mempunyai Tenun Sang Seta,Yang Empunya Tabuh Pulut-Pulut,Yang Empunya Tambang Emas di Selida” dan sebagainya”

Perhatian!!!

Perlu diingat bahawa Iskandar yang digelar Zulkarnain yang hidup sewaktu dengan Nabi Ibrahim dan sempat tawaf di baitullah bersama Nabi Ibrahim itu bukan Zul-Qarnain yang disebut dalam Al-Quran,beliau ialah cucu kepada Nabi Nuh melalui anaknya Sam.(Katakan kita namakan dia Iskandar A.)


Perhatian!!!


Ada seorang lagi yang bernama Iskandar menurut Al-Hafidh ibn ‘Asakir didalam kitabnya berjudul Tarikh adalah dari keturunan Rumi bin Al-Asfar bin Yaqaz bin Al-Ais bin nabi Ishak bin Nabi Ibrahim.(Katakan kita namakan dia Iskandar B)

Jadi persoalan seterusnya Siapakah pula Raja Iskandar Zulkarnainyang tersohor di dunia melayu dan Nusantara sejak zaman berzaman itu??? Adakah dia Zulqarnain yang disebut dalam Al-Quran??? bagaimana namanya boleh digabungkan menjadi Iskandar-Zulqarnain pula??? Renretan sejarah silam perlu diperbetulkan semula nampaknya!!!

Siapa yang perlu memikul tugasan ini??? Tentulah saya dan anda semua!!!

Mari kita jejaki Keturunan dan anak cucu Raja Kurush Empayar parsi itu….sudah pasti kita akan dapat membongkar siapakah raja berketurunan darinya yang turun di Bukit Si Guntang itu!!!

Petikan dibawah saya ambil dari Kitab Sejarah Melayu :

[“A’lam ketahui olehmu,pada zaman dahulukala,dan pada masa yang lalu,kata yang empunya ceritera,bahawa Raja Iskandar,anak Raja Darab,Rom Bangsanya, Makaduniah negerinya,Zulqarnain gelarnya;sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit,maka baginda sampai pada satu bi’at,negeri Hindi” ]

Cubalah renungkan betul-betul ayatnya wahai saudara se-Bangsa ku … setujukah anda jika saya katakan bahawa sejarah itu telah diubah oleh tangan-tangan ghaib…menjadikan Zul-Qarnain versi Melayu itu adalah Raja Iskandar atau Alexander The Great!!!

Mengapa jadi begitu???

Mengapa mereka mahukan kita keliru???

Bukan di Nusantara sahaja…kempen menjadikan Alexander sebagai Zul-Qarnain begitu hebat di Yunani dan Rom selepas kematiannya!padahal jika kita meneliti sejarah hidup Alexander..dia begitu jauh untuk memenuhi ciri-ciri Zul-Qarnain yang disebut di dalam Al-Quran.


Oh ya..sebelum artikel ini berakhir, dari mana asal usul dan siapa pula bangsa Rom itu?

Bangsa Rom berketurunan daripada ‘Ais atau ‘Aisoo adik beradik nabi Yaakub dimana kedua-duanya anak kepada Nabi Ishak!

(Katakan kita namakan Iskandar Zulkarnain berbangsa Rom dalam sejarah melayu itu Iskandar C)

Katakan Zul-Qarnain yang disandarkan kepada Raja Kurush itu kita namakan sebagai Iskandar D, dan Raja Iskandar atau Alexander The Great itu kita namakan dia Iskandar E,

Jadi Iskandar manakah dari yang 5 orang itu yang menurunkan bangsa-bangsa Mala atau Melayu di bumi bertuah ini??? Iskandar A @ B @ C @ D @ E ?????

Baiklah,sekali lagi… untuk memudahkan anda….Zul-Qarnain manakah yang keturunannya turun atau sampai di Bukit SiGuntang itu? keturunan Zul-Qarnain yang hidup dizaman Nabi Ibrahim yang asal keturunannya dari Sam anak Nuh a.s kah atau keturunan Zul-Qarnain yang disandarkan kepada Raja Kurush(Cyrus The Great) ataupun dari keturunan "hero" yang bernama Iskandar Zul-Qarnain di alam melayu itu yang telah menjejakkan kaki ke bumi Mala ini???

Wassalam.