Sabtu, 27 Julai 2013

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam


Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali. 
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. 

Berapa Juta Liter Air Zam-Zam? 

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira 
secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia 
pada setiap musim haji dewasa ini 
berjumlah lebih kurang dua juta orang. 

Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, 


jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke 
negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter. Disamping itu sepanjang 
berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang 
menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter. 



Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada 


akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.




Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.

Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Klik Gambar Untuk ZOOM
Mengandungi Zat Anti Kuman 
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan 
sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab 
itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama 
dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan 
umrah yang selalu datang setiap tahun.
Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: 
“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika 
engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah 
menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya 
merasa kenyang, maka Allah 
mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, 
maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit 
Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. 
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, 
kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) 
untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air 
zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga 
yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, 
berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan 
kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam 
sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, 
telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam 
ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang 
pernah merasakan keajaiban air zam-zam.

PENENTANG KUAT ISLAM AKHIRNYA MEMELUK ISLAM : DANIEL STEICH EMBRACES ISLAM



Daniel Streich, ahli politik berasal Switzerland, yang terkenal kerana kempennya menentang pembangunan masjid di negaranya, tanpa diduga-duga dan tak disangka kini dia memeluk agama Islam.

Streich adalah orang pertama yang melancarkan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di negaranya. Dia dari Parti Rakyat Switzerland (SVP).Deklarasi kontroversi Streich ke Islam membuat heboh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seluruh negeri. Ia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di Negara itu, dan membuka jalan bagi penentangan orang awam terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang yang memeluk Islam.Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membina masjid yang paling indah di Eropah terutama di negaranya.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada ketika ini ada empat masjid di negaranya dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari "pengampunan dosanya" yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah NGO, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahawa orang Eropah sebenarnya mempunyai keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan keganasan; sama halnya dengan Streich.Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Al-Quran dan mula memahami Islam.

Streich adalah seorang ahli penting Parti Rakyat Switzerland (SVP). Ia mempunyai kedudukan penting dan pengaruhnya dalam parti. Selain petisinya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangi tentera di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan kajian komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki nampak yang mendalam pada dirinya.Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemdian disebut oleh SVP sebagai syaitan.

Dulu, Dia mengatakan bahawa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Al-Quran dan melakukan solat lima waktu setiap hari.Dia membatalkan kehadirannnya di parti dan membuat kenyataan awam tentang dia masuk Islam. Streich mengatakan bahawa dia telah mencari kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya. 

AWAL PERCIPTAAN ROBOT DARI ILMUWAN ISLAM

Bicara tentang robot, pasti ramai di antara kita yang akan ingat Negara Jepun adalah negara pelopor industri robot-robot cerdas ketika ini.

Tetapi ramai kah di antara kita yang tahu siapa orang yang pertama kali menemukan sistem robotik moden?.

Abu Al -'Iz Ibn Ismail ibn al-Razaz al-Jazari(1136-1206)adalah orang Arab penting dalam ilmu robotik Islam. Al-Jazari dilahirkan di Al-Jazira, Mesopotamia semasa Zaman Kegemilangan Islam. Dia tinggal di Diyar Bakir, Turki. Dia adalah penulis Kitáb fí ma'rifat al-hiyal al-handasiyya (Buku Pengetahuan Ilmu Mekanik) pada tahun 1206, di mana dia menerangkan 50 alat mekanik di samping dengan arahan bagaimana membinanya.


Seperti juga ayahnya dia bekerja untuk raja-raja Urtuq atau Artuqid di Diyar Bakir dari tahun 1174 sampai tahun 1200 sebagai ahli teknikal. Pada waktu itu, Al Jazari telah mampu mencipta robot manusia (humanoid) yang boleh diprogram. Al Jazari mengembangkan prinsip hidrolik untuk menggerakkan mesin yang kemudian hari dikenal sebagai mesin robot.

Ada pun mesin robot yang diciptakan Al Jazari kala itu berbentuk sebuah perahu terapung di sebuah danau yang ditumpangi empat robot pemain musik, dua pemukul dram, satu robot pemetik harpa, dan peniup seruling. Robot ini dicipta untuk menghibur para tamu kerajaan dalam suatu acara jamuan minum.

Sebagai robot pemain muzik, tentu saja mereka pun ahli menghasilkan suara muzik yang indah.Contoh kata lah misalnya, robot pemukul dram dapat memainkan berbagai irama yang berbeda-beda. Jadi, robot itu pun bermain muzik seperti manusia yang memainkan nya!

Penemuan penting lainnya dari Al Jazari adalah pencuci tangan automatik. Alat tersebut automatik boleh mengeluarkan air tanpa harus diputar kepala paip atau tombol. Sistem pencuci tangan yang di asaskan Al Jazari itu juga telah digunakan saat ini dalam sistem kerja toilet moden atau toilet mewah.

Teknologi yang dikembangkan Al Jazari mencapai 50 jenis dan semua ditulis dalam kitab yang berjudul “The Book of Knowledge of Ingenious Mechanical Devices”

Seorang ahli teknik Eropah , Donald Hill begitu kagum dengan pencapaian Al Jazari.Donald Hill berpendapat, ”Tak mungkin mengabaikan hasil karya Al-Jazari yang begitu penting. Dalam bukunya, ianya begitu detail memaparkan instruksi untuk merekacipta, merakit, dan membuat sebuah mesin.”

Jam gajah dalam sebuah manuskrip oleh Al-Jazari (1206 M) dari Buku Ilmu Alat Mekanikal Pintar


Salah satu karya Al Jazari yang membuat Donald Hill kagum adalah jam gajah – diciptakan sekitar tahun 1206. Replika jam gajah dapat dilihat saat ini di London Science Museum.Jam gajah adalah sebuah reka cipta zaman pertengahan Islam oleh al-Jazari , terdiri dari sebuah jam air yang berkuasa pemberat dalam bentuk sebuah gajah. Pelbagai unsur-unsur jam ditempatkan di atas gajah. Jam ini telah direkabentuk untuk bergerak dan menghasilkan bunyi tiap setengah jam.

Sebuah hasilan semula moden saiz penuh yang berfungsi dapat ditemukan sebagai sebuah hiasan tengah di Ibn Battuta Mall, sebuah pusat beli-belah di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Sebuah lagi hasilan semula yang berfungsi dapat dilihat di luar Musée d'Horlogerie du Locle, Château des Monts, di Le Locle, Switzerland.
Dalam dunia Islam zaman pertengahan (632-1280 M), penggunaan jam air berakar umbi ketika kebangkitan Iskandariah di Mesir, dan berterusan hingga zaman Byzantium. Sungguhpun begitu, jam air/Jam Gajah ciptaan Al-Jazari dipuji kerana jauh mendahului "segalanya" yang tercipta sebelumnya.


Dalam treatisnya yang dikarang pada tahun 1206, al-Jazari menceritakan kan salah sebuah jam air ciptaannya yang bergelar jam gajah. Jam ini mencatat jam waktu yang berlalu—justeru kadar aliran perlu diubah setiap hari untuk memadankan jangka masa siang yang berubah-ubah sepanjang tahun. Untuk itu, jam ini ada dua tangki, iaitu tangki atas yang disambung dengan mekanisme penandaan masa dan tangki bawah yang disambung dengan pengatur kawal aliran. Pada dasarnya, pada waktu fajar, pili dibuka dan air mengalir dari tangki atas ke tangki bawah melalui pengatur apungan yang memastikan kemalaran tekanan dalam tangki bawah.


Jam astronomi janaan air yang paling canggih ialah "jam istana" ciptaan Al-Jazari pada tahun 1206 yang dianggap sebagai contoh terawal komputer analog yang boleh diatur cara. Ia merupakan peranti kompleks yang tingginya 11 kaki, dan dilengkapi berbagai-bagai fungsi selain menjaga masa. Jam ini bercirikan paparan zodiak dan orbit-orbit matahari dan bulan, dan penunjuk berbentuk bulan sabit yang beredar di atas gerbang, digerakkan oleh kereta sorong terlindung dan membuka pintu-pintu automatik, setiap satunya mendedahkan sebuah patung untuk setiap satu jam. Kepanjangan tempoh jam-jam seharian boleh diatur cara semula setiap hari untuk mencerminkan perubahan kepanjangan tempoh siang dan malam sepanjang tahun. Jam ini juga dilengkapi lima robot pemuzik yang mendendangkan muzik secara automatik apabila digerakkan oleh tuas-tuas yang dikendali oleh aci sesondol terlindung yang bersambung dengan kincir air.Ciri-ciri lain jam istana ini termasuk takungan utama dengan apungan, pengatur bilik apungan dan aliran, palung plat dan injap, dua takal, cakera bulan sabit yang memaparkan zodiak, dan dua automaton berbentuk burung falkon yang menjatuhkan bebola ke dalam pasu.


Jam air pertama yang menggunakan gear kisar bersegmen kompleks dicipta oleh jurutera Arab, Ibn Khalaf al-Muradi di Al-Andalus sekitar tahun 1000 M. Jam air ciptaannya dipacu oleh roda air, seperti yang digunakan oleh beberapa jam air di China pada abad ke-11. Jam air sedemikian juga dibina di Damsyik dan Fez. Jam di Fez (Dar al-Magana) masih berdiri sehingga hari ini dan mekanismenya juga pernah dibina semula. Jam buatan Eropah pertama yang menggunakan sistem gear kompleks ini ialah jam astronomi yang dicipta oleh Giovanni de Dondi sekitar tahun 1365 M. Sama dengan orang Cina, jurutera Arab pada zaman itu juga mengembangkan mekanisme pelepas yang digunakan dalam sesetengah ciptaan jam air mereka. Mekanisme tersebut berbentuk sistem turus malar yang dilengkapi apungan berat sebagai beban.

Pada acara World of Islam Festival yang diselenggarakan di Inggris pada 1976, banyak orang yang berdiri kagum dengan hasil karya Al-Jazari. Ketertarikan Donald Hill terhadap karya Al-Jazari membuatnya terdorong untuk menerjemahkan karya Al-Jazari pada 1974, atau enam abad dan enam puluh delapan tahun setelah pengarangnya menyelesaikan karyanya.

Tahukah kamu bahwa menurut Encylopedia of Britanica, Leonardo Da Vinci mendapat banyak pengaruh ilmu dari Al Jazari…?



Pautan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jam_air

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jam_gajah

http://www.hamariweb.com/

TEKNOLOGI KETENTERAAN DI ZAMAN KHALIFAH YANG HEBAT













Semasa awal pemerintahan Islam, jihad sebagai salah satu kaedah dasar penyebaran dakwah Islam. Jihad adalah perang di jalan Allah untuk meninggikan kalimat Allah. Oleh sebab itu diperlukan persiapan baik logistik, formasi perang, strategi, komandan dan pasukan tentera serta persenjataan. Persenjataan memerlukan adanya industri.

Kewajiban ini difahami menurut dalâlah iltizâm atau kaidah mâ lâ yatimmu al-wâjib illâ bihi fahuwa wâjib (suatu kewajiban yang tidak akan sempurna kecuali dengan adanya sesuatu maka sesuatu itu menjadi wajib hukumya). Jadi, membina industri ketenteraan/perang wajib hukumnya berdasarkan mafhum dari dalil tersebut.





Manjaniq (Swing-beam)
Manjaniq pertama kali digunakan oleh kaum Muslim pada peristiwa pengepungan Bani Thaif. Adalah Salman Al-Farisi -seorang Parsi yang masuk Islam di masa Rasulullah Saw- orang pertama yang memperkenalkan senjata ini atas perintah Nabi Saw.
Manjaniq merupakan mesin balok pengayun yang dioperasikan oleh orang-orang yang menarik tali pada satu sisi balok sehingga hujung yang lain akan berayun sangat kuat dan menembakkan peluru dari tali yang melekat pada hujungnya.

 Manjaniq sebenarnya telah dikenali sebelum masa penaklukan Islam.
Bangsa Avar pernah menggunakannya semasa penyerbuan Thessalonica di tahun 597 M. Malah mesin pelontar ini dipercayai dicipta pertama kali oleh China antara abad ke-5 dan ke-3 SM, dan sampai ke Eropah sekitar 500 M.
Lalu pada masa pemerintahan Islam, Salman mengusulkannya kepada Nabi Saw sebagai senjata perang, seperti yang diriwayatkan dalam Sirah al-Halabiyah.

“Hingga pada hari pecahnya dinding benteng Thaif,” demikian Ibnu Hisyam meriwayatkan dalam kitab Sirah-nya, “Sekumpulan sahabat Rasulullah Saw masuk ke dalam bawah dababah[3], lalu mereka berusaha masuk ke dalam dinding benteng Thaif agar mereka boleh membakar pintu benteng. Bani Tsaqif lalu melemparkan potongan-potongan besi yag telah dipanaskan dengan api sehingga membakar dababah yang ada dibawahnya, kemudian Bani Tsaqif melempar mereka dengan anak panah sehingga beberapa orang gugur.”

Atas cadangan Salman ini, Nabi Saw terus mengangkatnya sebagai mudir[5] untuk mengelola industri ketenteraan dan membuat manjaniq untuk memperkukuh kekuatan pasukan artileri yang dipersiapkan untuk terjun ke medan tempur.



 Pedang Damaskus (Sword of Damascus)
Dihiasi dengan ornamen garis bergelombang, berkeluk, ringan, dan mampu menembusi baju besi, menjadikan pedang damaskus salah satu senjata perang paling bersejarah.
Pedang ini diperkenalkan di Damaskus pada abad ke-12 M.[6] Eropah lalu cuba menghasilkan yang serupa dengannya, namun hingga masa ini masih belum mampu meniru 100%. Malah dengan teknologi metalurgi/logam sekalipun belum dapat membuat tandingan yang memiliki ketajaman yang sama dengan Pedang Damaskus ini.

Pedang yang pernah mengentarkan Pasukan Salib ini, memiliki seperti lapisan kaca di permukaannya. Sutera akan terbelah bila jatuh di atasnya. Pedang lain pun akan menemui nasib yang sama jika beradu dengannya. Tidak ada yang menyangka, bahawa ilmuwan Muslim telah menerapkan teknologi nano sejak seribu tahun yang lalu.
Selama ratusan tahun, tidak ada yang mengetahui rahsia kehebatan pedang tanpa tandingan ini. John D. Verhoeven -seorang profesor metalurgi modern dari Iowa State University- yang berkerjasama dengan Alfred H. Pendray, seorang tukang besi dari Florida, yang telah cuba membuat pedang ini selama bertahun-tahun.

Dari penerapan nanoteknologi bahan impurities (non-besi dan non-carbon) dalam adunan keluli yang membentuk pola mirip aliran air yang dikenali dengan Multi Walled Carbon Nano Tube, barulah diketahui rahsia di balik kehebatan pedang damaskus ini.

                           

Teknologi Pembuatan Peluru/Mesiu (Gunpowder)

Tidak hanya mampu dalam seni membuat pedang, kaum Muslim juga mampu mengembangkan teknologi pembuatan peluru/mesiu. Walaupun senjatanya serbuk peluru/mesiu pertama kali ditemui di China yang digunakan sebagai alat pembakaran pada abad 9 M, dua abad sebelumnya seorang ahli kimia Muslim Khalid bin yazzid telah mengenali lebih dulu potassium nitrat (KNO3), bahan utama pembuat peluru,mesiu.

 Eropah baru mengenali peluru/mesiu setelah dibawa oleh pasukan Mongol pada tahun 1240 M. Dan selanjutnya dikembangkan menjadi bahan peledak, contohnya untuk mendorong peluru, kemudian seabad setelahnya disempurnakan menjadi senjata api.

Jauh sebelum Eropah mengembangkan teknologi pembuatan peluru/mesiu, ilmuwan-ilmuwan Muslim telah lebih dulu mencubanya.

Banyak ilmuwan Mulim yang menguasai teknik pemurnian potassium, satu teknik yang tidak diketahui oleh orang-orang China. Jabir Ibnu Hayyan (wafat tahun 815 M), Abu Bakar Al-Razi (wafat tahun 932), dan Hasan Al-Rammah adalah ilmuwan-ilmuwan Muslim yang telah menguasai teknik ini dan telah dijelaskan di dalam karya-karya mereka. Teknik pemurnian ini dilakukan agar potassium boleh digunakan sebagai bahan peledak.

Pemurnian potassium ini pernah didakwa Barat sebagai penemuan Roger Bacon. Namun dakwaan ini dipatahkan sendiri oleh ilmuwan Barat lainnya iaitu Partington.

Hasan Al-Rammah telah menjelaskan proses ini secara terperinci di dalam karyanya Al-Furusiyyah wa Al-Manasib Al-Harbiyyah. Penguasaan Al-Rammah atas penggunaan serbuk peluru/mesiu sangat luar biasa.

Ia telah berjaya menulis sebanyak 107 rumus atau keterangan penggunaan peluru/mesiu. 22 keterangan di antaranya dicipta khusus untuk membuat roket.

Semasa Perang Salib meletus tahun 1249 M, Raja louis IX dan para pasukannya pernah merasakan kehebatan muncung meriam dan roket kaum Muslim.

Betapa hebatnya nampak peluru meriam yang ditembakkan pasukan Muslim, membuat Raja Louis IX putus asa dan akhirnya ditakluk. Peristiwa itu diakui sendiri oleh Jean de Joinville, salah seorang perwira tentera Perang Salib.

The Mohammed’s Greats Gun

Inilah salah satu senjata paling fenomena yang digunakan dalam perang paling menakjubkan sepanjang sejarah. The Mohammed’s Greats Gun, itulah sebutan senjata yang dibuat pada tahun 1452 ini . Meriam ini dibuat sebagai jawapan atas keinginan Muhammad al-Fatih untuk menembus benteng pertahanan Kostantinopel.


 “Aku dapat membuat meriam tembaga dengan kapasiti seperti yang anda inginkan,” kata Orban -seorang ahli insinyur yang diundang Al-Fatih ke Adrianopel-,

“Aku telah mengamati secara terperinci tembok di Konstantinopel. Aku tidak hanya akan memecahkan tembok itu dengan senjataku. Malah, tembok Babilon pun akan hancur kerananya.”
Tentu saja perkara ini disambut gembira oleh Muhammad Al-Fatih. Impian untuk mewujudkan bisyarah Rasulullah Saw (tentang takluknya Kontantiopel) sudah di depan mata. Maka dijalankanlah projek tersebut.

Dan senjata terbesar di dunia yang pernah ada pada masanya akhirnya berada dalam genggaman Muhammad Al-Fatih. Mempunyai panjang 8,2 meter, diameter 76 cm, dengan berat 18,2 ton, meriam ini mampu melontarkan bola besi padat berdiameter 70 cm dengan berat 680 kg sejauh 1,6 km.

Ketenteraan Hebat, Negara pun Kuat
“Pasukan Utsmaniyah sangat cepat gerakannya,” kata Bertrand de Broquiere –seorang pengembara berasal Perancis-,

“Seratus pasukan Kristian akan jauh lebih huru-hara dari sepuluh ribu pasukan Utsmaniyah. Tatkala gendang perang telah ditabuh, maka dengan segera mereka akan bergerak, mereka tidak akan berhenti melangkah hingga arahan dikeluarkan. Mereka adalah pasukan yang terlatih. Dalam semalam mereka mampu melakukan tiga kali ganda perjalanan yang dilakukan oleh musuh-musuhnya orang-orang Kristian.”

Kaum Muslim memang telah berhasil membina angkatan bersenjata yang kuat dan pasukan yang terlatih. Walaupun tidak boleh dikatakan bahawa ketenteraan sebagai satu-satunya faktor penentu kemenangan di medan perang, tetapi ia merupakan salah satu sebab di antara sebab-sebab yang membawa kepada kemenangan.

Maka tidak hairan jika Rasul Saw sangat memperhatikan strategi perang, kekuatan pasukan, dan persenjataan di setiap peperangan. Dan seterusnya juga menjadi perhatian para Khalifah pada masa selepasnya.

Di masa Abbasiyah, sebagaimana yang dikatakan oleh Philip K. Hitti, “tentera kaum Muslim terdiri dari pasukan infanteri (harbiyah) yang bersenjatakan tombak, pedang dan perisai, pasukan panah (ramiyah) dan kavaleri (fursan) yang mengenakan pelindung kepala dan dada, serta bersenjatakan tombak dan kapak. Tiap pasukan pemanah membawa pelontar nafa (naffathun), mengenakan pakaian anti api dan melontarkan bahan mudah terbakar ke pasukan musuh.”

Ibn Shabir al-Manjaniqi, seorang arkitek terkenal pada masa an-Nashir (1180 – 1225), telah menulis sebuah buku tentang teknik dan seni peperangan. Pada masa itu juga, para arkitek telah membina mesin pengepung, seperti katapul, pelontar, dan pendobrak.

Tidak hanya hebat di darat, tentera kaum Muslim pun hebat di laut. Mu’awiyah adalah khalifah pertama yang melancarkan jihad melalui lautan. Kemudian pada masa Khalifah Abdul Malik, industri peralatan maritim untuk pertama kalinya dibina di Tunisia.

“Dari sana, penaklukan atas Sisilia dilaksanakan,” demikian Ibnu Khaldun menceritakan dalam Muqaddimah-nya, “Dan pada masa itu pula ditaklukkan Qusharrat. Setelah itu di bawah Bani Ubaidi dan Bani Umayyah, armada Ifriqiyah dan Andalusia terus-menerus bergantian menaklukkan kota demi kota.”

“Sepanjang masa pemerintahan Daulah Islamiyah,” kata Ibnu Khaldun, “kaum Muslim menaklukkan seluruh sisi lautan. Kekuasaan dan dominasi mereka semakin luas. Bangsa Kristian tidak dapat berbuat apa-apa terhadap armada kaum Muslim, di mana pun di laut Tengah. Sepanjang waktu, kaum Muslim mengarungi gelombang untuk menguasai semua semenanjung yang merentas di pantai Laut Tengah, seperti Mayorca, Minorca, Ibiza, Sardinia, Sisilia, Pantelleria, Malta, Crete, Cypus, dan semua bahagian Mediterranean Romawi dan Franka.”

Penaklukan dan penyebaran Islam yang begitu massif bukanlah semata-mata kerana ketenteraan yang kuat, tetapi faktor utama semua itu adalah ideologi Islam. Motivasinya pun bukan lantaran memburu ghanimah (harta rampasan perang) atau sumber daya alam.

Semua wilayah yang akan ditaklukkan sama di mata kaum Muslim, baik kaya maupun miskin. Seperti Afrika Utara yang tidak punya kekayaan apa pun, kaum Muslim dengan penuh keyakinan masuk ke sana dan menyebarkan Islam.

Sungguh, suatu masa nanti musuh-musuh Islam akan terperanjat menyaksikan kekuatan kaum Muslim bangkit kembali. Mereka akan menggenggam Timur dan Barat sebagaimana orang-orang sebelum mereka. Islam akan masuk sedemikian cepat ke dalam setiap rumah dengan segenap kemuliaannya.

“Sungguh perkara agama ini,” demikian Rasul Saw mensabdakan dalam riwayat Imam Ahmad, “akan sampai ke seluruh dunia sebagaimana sampainya malam dan siang. Allah tidak akan membiarkan satu rumah pun, baik di tengah penduduk kota atau di tengah penduduk kampung, kecuali Allah akan memasukkan agama ini ke dalamnya dengan kemuliaan yang dimuliakan dan kehinaan yang dihinakan; kemuliaan yang dengannya Allah memuliakan Islam dan kehinaan yang dengannya Allah menghinakan kekufuran.”


Sumber: http://khalifahalhidayah.blogspot.com/2011/09/teknologi-ketenterann-dizaman-khalifah.html#ixzz1oVZUhGJR